Nelydia Senrose selamat lahirkan cahaya mata sulung

Family & ParentingLifestyle
27 Jul 2026 • 8:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Nelydia Senrose selamat lahirkan cahaya mata sulung

PETALING JAYA: Pelakon, Datin Nelydia Senrose dikhabarkan telah selamat menimang cahaya mata sulung, semalam.

Tidak mendedahkan nama dan wajah, khabar gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Datuk Mohd Hafez Halimi menerusi sebuah hantaran di Instagram yang turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan terhadap aktres itu.

“Semalam, 26 Julai 2026, saya menyaksikan wanita yang paling kuat dan paling indah yang pernah saya kenal. Melihat awak berjuang melalui setiap detik kesakitan dan setiap cabaran untuk membawa anak lelaki kita selamat ke dunia ini adalah sesuatu yang akan saya kenang sepanjang hidup.

“Awak sangat berani, walaupun semuanya bukan mudah. Melihat awak menjadi seorang ibu adalah perkara paling indah yang pernah saya saksikan.

“Sayang, terima kasih atas setiap pengorbanan yang awak lakukan, setiap titisan air mata, setiap sisa kekuatan dan setiap degupan jantung yang akhirnya membawa anak lelaki kita dengan selamat ke dalam dakapan kita.

“Awak bukan sahaja melahirkan bayi lelaki yang begitu sempurna buat kita, malah turut menghadiahkan saya anugerah terbesar yang pernah saya terima. Hari ini, awak telah melengkapkan keluarga kecil kita,” katanya.

Dalam hantaran sama, Hafez turut meluahkan rasa syukur apabila doa mereka untuk menimang cahaya mata akhirnya dimakbulkan Allah selepas penantian selama bertahun-tahun.

“Alhamdulillah, sayang. Dengan rahmat-Nya yang tidak terhingga, Allah telah memakbulkan setiap doa yang kita bisikkan selama bertahun-tahun. Allah mengurniakan kita seorang bayi lelaki yang sihat, dan yang paling penting, Dia memelihara keselamatan kamu berdua.

“Hati saya tidak pernah terasa sebegini penuh, dan saya rasa saya tidak akan mampu mencari kata-kata yang cukup untuk mensyukuri nikmat ini,” ujarnya.

Dalam masa sama, Hafez berjanji akan terus menjadi suami dan bapa yang sentiasa berada di sisi keluarga kecil mereka dalam apa jua keadaan.

“Terima kasih kerana menjadikan saya suami yang paling bangga, dan kini, seorang ayah yang paling bertuah. Saya berjanji akan menghabiskan sisa hidup saya dengan menyayangi awak, melindungi awak, dan sentiasa berada di sisi awak dalam setiap kegembiraan mahupun cabaran.

“Anak lelaki kita sangat bertuah kerana memiliki awak sebagai ibunya, dan saya jauh lebih bertuah kerana dapat memanggil awak sebagai isteri saya.

“Saya mencintai awak lebih daripada apa yang mampu diungkapkan dengan kata-kata. Terima kasih kerana menghadiahkan saya keluarga yang sentiasa saya doakan selama ini,” ujarnya.

Terdahulu, Nelydia mengumumkan dirinya bakal menimang anak lelaki selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Untuk info, Nelydia dan Hafez mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019.

The post Nelydia Senrose selamat lahirkan cahaya mata sulung appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved