'Agenda hari ini, kemas barang di rumah kampung' – Aminuddin

LocalPolitics
3 Aug 2026 • 1:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Agenda hari ini, kemas barang di rumah kampung' – Aminuddin
Aminuddin berkongsi perkembangan terkini dirinya di media sosial yang sedang mengemas rumah di kampung.

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkongsi perkembangan terkininya di media sosial dengan memaklumkan beliau meluangkan masa mengemas barang-barang yang dipindahkan di rumah kampung selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menerusi hantaran di Threads pada Isnin, Aminuddin turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang terus memberikan kata-kata semangat serta sokongan kepadanya.

"Apa khabar semua? Terima kasih atas ucapan yang baik-baik, saya baca satu per satu. Alhamdulillah. Agenda hari ini, kemas barang-barang yang dipindahkan di rumah kampung," katanya.

Hantaran itu menerima pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang mengenang jasa beliau sepanjang mentadbir Negeri Sembilan.

Pengguna Threads, MyKasihCare merakamkan penghargaan atas sumbangan yang pernah diberikan kepada pesakit di bawah kendalian pertubuhan itu.

"Terima kasih Tok Min atas jasa kepada pesakit-pesakit bawah kendalian kami. Sumbangan katil dan isi semula bekalan oksigen amat membantu warga Port Dickson yang sakit dan tidak mampu," tulisnya.

Seorang lagi pengguna, Lailiabdulrachman, mendoakan agar Aminuddin terus dikurniakan kesihatan yang baik serta berjaya dalam perjuangan seterusnya.

"Semoga Tok Min kekal ceria dan sihat selalu. Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan selama mentadbir Negeri Sembilan. Semoga Tok Min terus maju jaya," katanya.

Turut meninggalkan komen ialah pengguna, yusminah_mohdyusof yang menyifatkan Aminuddin sebagai seorang Menteri Besar yang berjaya melaksanakan tugas dengan baik, selain mendoakan agar segala usaha dan khidmat beliau diterima sebagai amal kebajikan serta dipermudahkan urusan bersama keluarga pada masa akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved