Apa sampai nak menderhaka titah Sultan Selangor? Nak makan, importlah khinzir – Akmal Saleh

LocalPolitics
22 Apr 2026 • 10:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegur tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dari DAP yang membangkitkan cadangan berhubung isu penternakan babi di Selangor, sambil menggesa semua pihak menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata isu berkenaan tidak wajar dibangkitkan semula memandangkan Sultan Selangor sebelum ini tidak berkenan terhadap aktiviti penternakan babi di negeri itu.

Beliau turut menegaskan sekiranya terdapat keperluan terhadap bekalan daging berkenaan, ia boleh diperoleh melalui kaedah import tanpa perlu mencabar keputusan yang telah ditetapkan.

image is not available
“Sultan Selangor sudah bertitah tidak berkenan untuk penternakan babi. Bukan menghalang dari nak makan babi.
“Nak makan, maka importlah babi itu wahai YB DAP.
“Apa yang sampai nak menderhaka pada titah Sultan Selangor ini? Apa kata ternak babi yang dikatakan baik itu di kawasan majoriti orang yang makan babi tersebut?
“Kalau setuju, jadikan kawasan rumah YB dulu sebagai projek permulaan. Mudah,”katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan cadangan supaya penternakan babi dibenarkan semula di Selangor yang kembali mencetus perhatian selepas dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri berkenaan.

image is not available

ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki sebelum ini dilaporkan memohon pertimbangan kerajaan negeri untuk membenarkan semula aktiviti penternakan babi di Selangor atas dasar kesamarataan dan keperluan industri.

Menurutnya, penternakan babi tidak wajar dibezakan dengan penternakan haiwan lain kerana turut mempunyai risiko pencemaran, kebersihan dan kesihatan yang sama.

Beliau turut merujuk kepada Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan dalam perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Selangor, dengan menyifatkan isu tersebut sering dijadikan bahan politik oleh pelbagai pihak.

Isu berkenaan bagaimanapun terus mengundang perdebatan dalam kalangan pemimpin politik serta masyarakat, susulan perbezaan pandangan berkaitan aspek agama, pentadbiran negeri dan keperluan industri makanan.

Sumber: Kosmo! Online (Mohamad Naufal Mohamad Idris), FB Akmal Saleh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved