Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bondee: Aplikasi Sosial Yang Kini Menjadi Kegilaan Ramai

Entertainment
28 Jan 2023 • 11:56 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bondee, apa tu? Penulis pasti, ramai yang sudah kenal dengan aplikasi ini. Manakan tidak, melalui Bondee, anda boleh bersosial, bersapa dengan teman-teman, hias bilik dan reka avatar yang menyerupai diri anda sendiri.

Aplikasi ini telah menjadi viral dan kian trending di media sosial. Tetapi, sebelum anda muat turun, ini apa yang anda perlu tahu mengenai Bondee.

Apa itu Bondee?

image is not available

Bondee merupakan sebuah platfom sosial yang dibangunkan oleh Metadream Tech Pte. Ltd, sebuah syarikat dari Singapura. Permainan ini seakan-akan sama dengan The Sims, Animal Crossing atau Habbo Hotel.

Ia merupakan satu platform yang membolehkan pengguna mereka avatar sendiri atau menghias bilik idaman. Anda juga boleh tambah kawan, update status, berbalas mesej dan juga berinteraksi dengan avatar rakan anda.

Bondee ini seakan-akan media sosial yang lain – tetapi lebih comel, moden dan mesra pengguna. Buat masa ini, anda boleh tambah 50 kawan dalam satu-satu masa menggunakan kod QR atau melalui carian terus.

Mungkin akan menjadi aplikasi NFT

image is not available

Aplikasi Bondee boleh dimuat turun secara percuma. Namun, pengguna boleh membeli beberapa item menggunakan wang sebenar.

Tidak mengejutkan jika pada masa hadapan, aplikasi ini bakal menggabungkan elemen NFT. Walau bagaimanapun, fitur ini masih belum dikeluarkan lagi. Namun, penggabungan ini telah dinyatakan secara jelas dalam polisi peribadi Bondee.

Setakat ini, Bondee sudah mengungguli carta kedai aplikasi di negara-negara Asia Tenggara dan Asia Utara.

Jadi, korang dah muat turun Bondee ke belum?

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.