Belanjawan 2027: Peruntukan SARA Meningkat Jadi 16 Bilion, Penerima Bukan STR Termasuk M40 Turut Dapat Manfaat

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 7:09 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Belanjawan 2027: Peruntukan SARA Meningkat Jadi 16 Bilion, Penerima Bukan STR Termasuk M40 Turut Dapat Manfaat

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pembentangan Belanjawan 2027 berjumlah RM459.8 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini sememangnya dinantikan ramai.

Antara perkara yang menjadi tumpuan dan mendapat perhatian adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Peruntukan SARA Meningkat Jadi RM16 Bilion, Penerima STR Dapat Sara Sehingga RM150 Sebulan

Hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan SARA pada tahun 2027 akan ditingkatkan menjadi RM16 bilion berbanding RM15 bilion pada tahun 2026.

Peruntukan ini dijangka akan memanfaatkan sembilan juta orang dengan kesemua penerima STR bakal menerima RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun.

Bukan Penerima STR Turut Dapat Manfaat, Terima SARA MADANI RM100

Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR juga bakal mendapat manfaat dari jumlah tersebut.

Kumpulan tersebut bakal menerima SARA MADANI dua kali setahun iaitu sebelum Aidilfitri serta menjelang tujuh ambang tujuh dasawarsa kemerdekaan atau dalam erti kata lain pada Hari Kemerdekaan yang ke-70 sebanyak RM100.

Ini akan memanfaatkan sehingga 13 juta rakyat termasuk mereka dari golongan M40.

SARA Dah Boleh Guna Beli Barang Basah

Lebih menarik, peruntukan SARA pada tahun 2027 telah diperluaskan kepada barangan basah dan segar yang boleh dibeli di 216 pasar tani atau tamu di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara.

Ini kerana sebelum ini, SARA hanya terhad kepada 15 kategori jenis barangan iaitu:

15 kategori barang tersebut adalah:

  1. Beras
  2. Telur
  3. Roti
  4. Minyak masak
  5. Biskut
  6. Mi
  7. Tepung
  8. Minuman
  9. Bahan perasa
  10. Makanan dalam tin
  11. Produk penjagaan diri
  12. Ubat-ubatan di kaunter
  13. Keperluan sekolah
  14. Barang kebersihan rumah
  15. Makanan sejuk beku

Malah, kerajaan juga akan meningkatkan lagi akses penggunaan SARA dengan menyasarkan 10,000 kedai runcit kecil sebelum akhir tahun berbanding 15,000 premis termasuk 6,800 kedai runcit kecil dan koperasi pada ketika ini.

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Kaji Pelaksanaan Penggunaan SARA Menerusi Kod QR Di Pasar Tamu & Pasar Tani

Baca Artikel Berkaitan: Masih Keliru & Tak Tahu Guna Bantuan SARA? Ini Panduan Lengkap Untuk Korang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved