Belanjawan 2027: Penerima STR terima SARA RM100 dua kali, pembelian barang basah dibenarkan

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 7:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: Penerima STR terima SARA RM100 dua kali, pembelian barang basah dibenarkan
Bantuan bersasar diharap dapat meringankan tekanan kos sara hidup rakyat.

KUALA LUMPUR - Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berusia 18 tahun ke atas akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Madani RM100 sebanyak dua kali pada tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian itu akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri dan menjelang ambang Tujuh Dasawarsa Merdeka.

"Ini akan memanfaatkan sehingga 13 juta rakyat Malaysia termasuk golongan M40.

"Kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan penggunaan SARA kepada barangan basah dan segar yang boleh dibeli di 216 pasar tani atau pasar tamu di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara.

"Setakat ini, rakan niaga SARA berjumlah 15,000 premis termasuk 6,800 kedai runcit kecil dan koperasi. Sebelum akhir tahun ini, insya-ALLAH kerajaan akan meningkatkan kedai runcit kecil kepada 10,000 premis," katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Menerusi pembentangan Belanjawan tahun lalu, kerajaan mengumumkan pemberian SARA sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Bantuan tersebut disalurkan pada pertengahan Februari 2026 sahaja sebagai persiapan menyambut Ramadan serta Tahun Baharu Cina.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved