“Apa Yang Saya Lihat Adalah Bahagia Seorang Abang Bersama Teman Hidupnya” - PU Riz

14 Apr 2025 • 4:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pendakwah selebriti, Haris Ismail mengucapkan rasa syukur dan gembira buat abangnya, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi, Aisyah Aziz pada Sabtu.
 

Bahagia seorang abang jelas terpancar


Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz membuat titipan istimewa itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.



Menurut Haris, menerusi perkahwinan itu, jelas terpancar sinar bahagia seorang abang bersama teman hidupnya.

“Bahagia selamanya untuk abang saya, Dr. Amir dan Aisyah Aziz.

“Dari waktu akad dilafazkan sehinggalah saat kepulangan kami sekeluarga ke Malaysia, apa yang sempat saya lihat adalah bahagia seorang abang bersama teman hidupnya.

“Semoga tuhan menjadikan perasaan ini sebagai tajuk hidup kalian berdua, insya-Allah.


“Adik panjatkan doa selamanya Allah lahirkan mawaddah, rahmah dalam percintaan hubungan rumah tangga kalian,” tulisnya.

 

Sentiasa kagumi abang


Dalam pada itu, Haris berkata, dia amat mengagumi sikap abangnya sejak kecil dan sering menjadikan contoh untuk sentiasa melakukan kebaikan.

“Kepada abang kesayangan saya, dari kecil sebenarnya adik mengagumi abang Amir dalam diam. 

“Dari pencapaian akademik sehinggalah contoh mahmudah yang telah ditampilkan.

“Abang Amir orang yang hebat, apatah lagi sekarang sudahpun dikurniakan seorang isteri yang masya-Allah jua sopan santun, budi pekertinya.


“Seperti Bilal selalu ucapkan dikala dipeluk dan digomol ‘I love you to the moon and back’, kini adik guna terma yang sama pada kalian berdua,” coretnya.


 

        View this post on Instagram                      

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Terdahulu, pada Jumaat, Dr. Mohd. Fakhrudin Amin selamat bernikah dengan Aisyah yang juga merupakan adik kepada penyanyi, Aliff Aziz dalam sebuah majlis tertutup di Singapura.