PU Riz Tegur Netizen Buat Trend ‘Aku Berlutut? Tidak Akan’ – “Tak Boleh Ambil Ringan, Jangan Gurau Perkara Yang Dilarang”

3 Apr 2025 • 1:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pendakwah bebas dikenali ramai iaitu Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz tampil memberi teguran kepada netizen, khususnya umat Islam untuk lebih berhati-hati membuat trend di platform media sosial sempena perayaan Aidilfitri.

Nak melawak ada batasnya..

PU Riz menegur warganet yang melakukan video trend TikTok iaitu ‘Aku Berlutut? Tidak Akan’ yang difahamkan diambil daripada watak Alucard dalam permainanan online, Mobile Legends.

Kita tak boleh ambil ringan, jangan ‘chill’ atau bergurau kepada perkara yang dilarang. Bila buat lawak dan trend begitu, sudah melanggari apa yang agama sarankan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Pilih konten yang lebih positif dan bijak

Dalam pada itu, Haris turut menasihati orang ramai untuk lebih bijak dalam memilih konten trend yang lebih positif bagi memastikan diri sentiasa dilandas agama.

Saya pesan ini bukan untuk jadi ustaz atau pendakwah, kita sebagai hamba Allah SWT perlu hidup dengan kadar bagaimana Dia mahu kita hidup.

Sekadar info, trend ‘Aku Berlutut? Tidak Akan’ itu dilakukan ketika keluarga sedang melakukan sesi bermaaf-maafan di pagi Syawal dan trend berkenaan memaparkan individu tersebut menolak dari bersalaman serta meminta maaf kepada ahli keluarga.

image is not available 1 day ago

Tindakan Ibu Bapa Hantar Anak-Anak Semata Untuk Kutip Duit Raya Dianggap Satu 'Sindiket'?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved