“Apasal guna surat khabar cina” – Warganet Luah Rasa Was-Was Dengan Bungkusan Nasi Lemak

Entertainment
4 Jun 2023 • 4:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kata orang, nasi lemak yang paling sedap dimakan ialah nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang dan surat khabar lama. Lebih enak jika ia dijamah dengan minuman seperti teh tarik dan kopi. Memang kenyang!

Bungkus nasi lemak guna surat khabar cina

Bercerita tentang nasi lemak, seorang peniaga ada berkongsikan situasi yang dihadapinya dalam menghadapi kerenah warganet di media sosial.

Menurut individu tersebut, dia dan isteri ada memuat naik satu hantaran di Facebook berkenaan menu sarapan yang dijualnya. Dalam hantaran tersebut, individu ini meletakkan gambar nasi lemak dan teh tarik yang dijual dengan harga RM4.

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, hantaran tersebut menerima persoalan daripada warganet yang dilihat kurang senang dengan bungkusan nasi lemak tersebut.

Menerusi komen, lelaki tersebut meluahkan rasa khuatir dengan tahap kebersihan nasi lemak itu kerana ia dibungkus dengan surat khabar bertulisan cina.

“Apasal guna surat khabar cina bungkus nasi lemak tu…macam was2 ja”, tulis lelaki tersebut.

image is not available

Reaksi warganet

Komen tersebut ternyata mendapat perhatian ramai warganet yang beranggapan ia adalah satu tanggapan kolot dan tidak berasas. Rata-ratanya mempersoalkan kefahaman lelaki itu terhadap isu ini.

“Kalau guna surat khabar cina, jadi haram ke nasi lemak tu?”, soal sorang individu.

“Kenapa nak was? Surat khabar tu dibuat dr kulit babi ke? Ayoo”, tulis seorang warganet di ruangan komen.

Menurut seorang individu, tulisan pada balutan makanan tidak sepatutnya menjadi persoalan kerana ia tidak mempengaruhi status kebersihan makanan tersebut.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

Kredit: paantastik

image is not available

Sumber: paantastik Sumber: paantastik Sumber: paantastik

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.