Aplikasi Be U Tidak Lagi Menerima Pendaftaran Baharu – Pengguna Sedia Ada Akan Dipindahkan Ke Aplikasi BIMB

LocalBusiness & Finance
24 Apr 2026 • 11:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bank Islam sebelum ini, pada 2022 telah sedia menawarkan sebuah aplikasi perbankan berasingan yang dinamakan Be U. Ia hadir dengan antaramuka yang lebih moden dan ringkas, serta memfokuskan kepada simpanan, selain akses kepada beberapa ciri tambahan seperti mencari kerja gig. Ia juga ketika itu diposisikan sebagai “bank digital” oleh Bank Islam, kerana boleh membuka akaun terus melalui aplikasi serta-merta.

image is not available

Walaubagaimanapun, kini nampaknya Bank Islam memilih untuk menamatkan perkhidmatan Be U berkenaan. Bank Islam mengatakan Be U kini telah selesai fasa inkubasi, dan seterusnya semua akaun Be U akan dipindahkan ke aplikasi perbankan utama BIMB Mobile.

Bermula 24 April 2026, iaitu hari ini, Bank Islam juga tidak lagi menawarkan pendaftaran pelanggan baharu, serta beberapa produk melalui Be U.

Bank Islam mengatakan langkah peralihan ini akan memberikan akses kepada ciri yang lebih meluas, termasuk akan menyatukan inovasi Be U kepada perkhidmatan yang lebih menyeluruh. Proses pemindahan ini dijangka akan dilakukan secara berfasa dalam bulan-bulan akan datang. 

Untuk pelanggan Be U sedia ada, anda boleh menikmati akses tanpa gangguan ke akaun dan produk, sementara pada masa yang sama pelanggan diminta menggunakan aplikasi BIMB Mobile untuk keperluan perbankan harian.

Bank Islam mengatakan mereka akan berkongsi kemaskini lanjut berkenaan dengan perubahan ini melalui saluran komunikasi rasmi mereka selepas ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved