Aplikasi ‘CariLocum’ Ini Permudahkan Urusan Doktor Mencari Pengganti Atau Tempat Lokum

LocalHealth & Fitness
20 May 2025 • 12:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bagi anda yang terlibat dalam bidang perubatan, mungkin sudah biasa dengan istilah “locum” atau lokum. Biasanya, istilah ini digunakan untuk mencari doktor pengganti sementara apabila doktor di sesuatu klinik tidak dapat menjalankan tugas disebabkan cuti, kursus dan lain-lain.

Sebelum ini, proses mencari doktor pengganti sementara agak mencabar, di mana doktor terpaksa merujuk kepada saluran Telegram atau melalui kenalan peribadi.

Untuk memudahkan proses tersebut, kini telah dilancarkan satu perkhidmatan tempatan bernama CariLocum.

image is not available

CariLocum menyenaraikan pelbagai klinik beserta kadar bayaran sejam untuk doktor pengganti – selain turut menghubungkan doktor dengan klinik berkenaan melalui WhatsApp.

Doktor juga boleh menyemak jadual bertugas, sebarang insentif tambahan dan lain-lain menerusi halaman penyenaraian setiap klinik di laman tersebut, termasuk lokasi klinik itu.

Buat masa ini, CariLocum masih berada pada peringkat awal pembangunan, dan pelbagai ciri tambahan dijangka akan ditambah pada masa akan datang. Bagi yang berminat, boleh melayari laman rasmi CariLocum untuk maklumat lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

Sistem DBKL Digodam, 'Hacker' Tuntut Wang Tebusan RM236.17 Juta