Aplikasi Google Meet Akan Memperlihatkan Wajah Baru Yang Lebih Interaktif

TechnologyDigital
15 Aug 2024 • 3:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Meet terus berinovasi bagi memenuhi keperluan pengguna dalam era digital. Justeru itu, Google Meet dikemaskini dengan beberapa ciri berguna dan antaramuka baharu untuk meningkatkan prestasi dan menambah baik pengalaman panggilan video.

image is not available

Antaramuka baharu Google Meet menempatkan butang kawalan pada bahagian bawah skrin yang memudahkan pengguna untuk mengubah tetapan panggilan video. Antaranya ialah butang untuk mematikan mikrofon, mengaktifkan video atau menamatkan panggilan yang diletakkan pada posisi yang lebih mudah dicapai. Ini secara tidak langsung membolehkan pengguna mengakses tetapan panggilan dengan lebih cepat tanpa perlu tercari-cari di pelbagai pilihan menu.

image is not available

Terdapat juga ‘filter’ yang boleh digunakan pada diri atau latar belakang semasa melakukan panggilan video. Pengguna boleh memakai aksesori maya atau mengubah latar belakang pelbagai lokasi. Pengguna juga boleh mengakses reaksi emoji dengan pelbagai corak emoji tersedia dengan pantas tanpa mengganggu perbualan. Terdapat juga sokongan kapsyen automatik untuk lebih 70 bahasa.

Seterusnya, ciri sembang teks dalam masa nyata juga tersedia dan sangat berguna untuk perkongsian pautan atau komunikasi tanpa suara. Ciri ini membolehkan pengguna menghantar mesej teks semasa panggilan video. Pilihan perkongsian skrin juga disediakan, dengan pengguna boleh melampirkan foto, video dan pembentangan. 

image is not available

Ciri Mode on-the-go pula sangat berguna bagi pengguna yang sedang dalam perjalanan atau ketika ingin menjimatkan bateri. Fungsi ini akan menukarkan panggilan video kepada mod audio sahaja dengan ia memberikan pengguna kebebasan untuk menyesuaikan kualiti panggilan dengan keperluan keadaan mereka pada ketika itu. Mod ini akan memaparkan butang yang lebih besar untuk memudahkan pengguna menekan butang semasa berjalan atau memandu. 

Wajah baru Google Meet ini menunjukkan komitmen Google untuk terus meningkatkan pengalaman penggunaan pengguna dalam aplikasinya. Namun menurut Google, kemas kini dengan wajah baru ini akan diberikan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam beberapa bulan ke hadapan.