
Terdapat beberapa aplikasi memfokuskan kepada kemudahan dalam mengikuti waktu solat dan beberapa ciri khusus yang lain. Salah satu yang dibangunkan pembangun tempatan adalah Iman Pro.

Setelah dibangunkan secara berseorangan sejak 14 tahun yang lepas, kini aplikasi Iman Pro mencatatkan angka muat-turun melangkaui lebih 1 juta kali. Menariknya mengenai aplikasi ini adalah penawaran antaramuka yang kemas dan minimal, tanpa gangguan kandungan lain. Ia turut menyertakan sejumlah ciri tambahan yang sangat berguna kepada pengguna muslim di Malaysia.
Pada awalnya, Iman Pro dibangunkan dan ditawarkan untuk pengguna iPhone sahaja. Pada 2024, ia turut diperluaskan kepada pengguna Android, dan kini ia turut ditawarkan untuk pengguna jam tangan pintar Apple Watch.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Iman Pro di App Store dan Google Play Store, dan menggunakannya dalam kehidupan harian. Anda turut boleh menyokong pembangunnya dengan membeli cenderamata Iman Pro melalui laman Shopee.




