Aplikasi Kancil Kini Membolehkan Anda Melihat Statistik Dan Rumusan Aktiviti Bacaan Anda

LocalTechnology
24 May 2026 • 11:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kancil merupakan salah satu aplikasi tempatan yang memfokuskan kepada komuniti buku. Ia sedia menambah sokongan jurnal dan kalendar bacaan melalui kemaskini sebelum ini, dan pada kemaskini minggu ini, Kancil turut menambah sejumlah ciri baharu.

Image from: Aplikasi Kancil Kini Membolehkan Anda Melihat Statistik Dan Rumusan Aktiviti Bacaan Anda

Salah satunya adalah sokongan melihat statistik membaca untuk setiap profil pengguna. Dengan langkah ini, anda boleh melihat rumusan untuk aktiviti bacaan seseorang pengguna. Ia turut memperlihatkan senarai buku yang telah habis anda baca, termasuk helaian muka surat yang anda baca secara purata. Data ini dihimpunkan berdasarkan kepada input pengguna pada bahagian jurnal di aplikasi Kancil.

Image from: Aplikasi Kancil Kini Membolehkan Anda Melihat Statistik Dan Rumusan Aktiviti Bacaan Anda

Selain daripada itu, kemaskini terbaru ini turut menyertakan sokongan untuk catatan jurnal yang lebih panjang sehingga 10,000 aksara, selain sokongan perkongsian dalam bentuk gambar pada ruangan balasan komen di bahagian komuniti.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun atau mengemaskini aplikasi Kancil, dan menikmati ciri baharu ini. Kancil ditawarkan percuma di Android dan iPhone.