Apple iOS27 Dilapor Akan Benarkan Pengguna Memilih Model AI Yang Disukai

TechnologyDigital
7 May 2026 • 10:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple pada Apple Intelligence hari ini menyertakan sokongan ChatGPT secara terbina, sekaligus membolehkan pengguna peranti Apple seperti iPhone dan MacBook menggunakannya dengan mudah. Selain ChatGPT, Apple dijangka akan menambah penawaran beberapa model pilihan lain, dan salah satu yang dinantikan ramai adalah Google Gemini.

Image from: Apple iOS27 Dilapor Akan Benarkan Pengguna Memilih Model AI Yang Disukai

Pada masa yang sama, kini mengikut laporan Bloomberg, Apple melalui iOS 17, iPadOS 27 dan juga macOS 27 yang akan datang, dijangka membolehkan pengguna memilih model AI pihak ketiga yang diinginkan dan ingin digunakan pada peranti ketika mengakses tugasan berasaskan AI.

Berbanding kerjasama khusus, Apple dijangka mengaktifkan sokongan ini melalui penawaran aplikasi di AppStore yang menambah sokongan khas, membolehkan ia mengaktifkan untuk digunakan untuk tugasan AI pada sistem operasi Apple.

Disamping itu, ramai juga kini menantikan pengenalan Apple Intelligence generasi baharu, bersama-sama Siri yang diberikan nafas baharu melalui kerjasama dengan pihak Google – yang dijangka diperkenalkan seawal tahun ini.