Aplikasi MyJPJ Kini Boleh Papar Sijil Pemilikan Kenderaan

6 Aug 2024 • 3:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

JPJ Tingkatkan Fungsi Aplikasi MyJPJ: Semakan Sijil Pemilikan Kenderaan Kini Tersedia

Aplikasi MyJPJ Kini Boleh Papar Sijil Pemilikan Kenderaan. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengemaskini aplikasi MyJPJ ke versi 2.6.5. Dengan kemas kini ini, orang ramai kini boleh menyemak dan melihat sijil pemilikan kenderaan mereka melalui aplikasi tersebut.

Sebelum ini, menurut sumber, aplikasi MyJPJ hanya mampu menunjukkan maklumat lesen memandu dan cukai jalan.

image is not available

Kini, selain daripada ciri-ciri baharu ini, aplikasi ini turut menyediakan pelbagai maklumat berguna seperti lokasi pejabat-pejabat JPJ di seluruh Malaysia, kemudahan untuk menyemak denda dan senarai hitam, serta maklumat nombor pendaftaran plat kenderaan.

Bagi mereka yang belum memuat turun aplikasi MyJPJ, ianya boleh didapati di kedai aplikasi Google Play untuk pengguna Android dan App Store untuk pengguna iPhone.