Aplikasi RHB Mobile Banking Memperkenalkan Ciri Imbasan Biometrik Untuk Pengesahan Pembayaran Atas Talian Bermula Jun

TechnologyBusiness & Finance
25 May 2026 • 12:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi RHB Mobile Banking Memperkenalkan Ciri Imbasan Biometrik Untuk Pengesahan Pembayaran Atas Talian Bermula Jun

Beberapa bulan yang lalu, kami telah melaporkan bahawa aplikasi RHB Mobile Banking tidak lagi disokong pada peranti yang masih menggunakan sistem operasi Android 10 dan iOS 15 bermula 1 Jun ini. Pihak RHB Bank baru-baru ini telah mengeluarkan peringatan tentang perkara tersebut, dan juga satu ciri baru yang berkaitan dengan keselamatan akaun anda apabila membuat pembayaran atas-talian dengan akaun bank mereka.

Image from: Aplikasi RHB Mobile Banking Memperkenalkan Ciri Imbasan Biometrik Untuk Pengesahan Pembayaran Atas Talian Bermula Jun

Bermula bulan Jun 2026 ini, aplikasi RHB Mobile Banking akan memperkenalkan ciri pengesahan biometrik sebagai ciri pengesahan pembayaran atas talian sebagai tambahan kepada ciri pengesahan Secure Plus yang digunakan sebagai pengesahan pembayaran sebelum ini.

Aplikasi RHB Mobile Banking dijangka akan hadir dengan kemas kini kepada antaramuka dan sokongan sekuriti tambahan bermula 1 Jun ini, dan untuk para pelanggan bank tersebut, ia dinasihatkan anda mengemaskini aplikasi perbankan tersebut secepat mungkin apabila ia ditawarkan kelak.