Aplikasi TuJu ditambah baik, fungsi navigasi terganggu sementara

LocalTechnology
22 Oct 2026 • 10:17 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Aplikasi TuJu ditambah baik, fungsi navigasi terganggu sementara

PETALING JAYA – Aplikasi navigasi, TuJu sedang menjalani penambahbaikan sistem bagi memberikan pengalaman perjalanan yang lebih baik.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, sepanjang tempoh itu, fungsi navigasi akan terganggu sementara.

“Namun, paparan televisyen litar tertutup (CCTV) dan fungsi lain yang tersedia masih boleh digunakan seperti biasa,” katanya.

Sebelum ini, aplikasi navigasi tersebut menjadi tumpuan ramai selepas kerajaan memutuskan untuk melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze yang berpangkalan di Israel dalam kalangan anggota perkhidmatan awam berkuat kuasa serta-merta.

Arahan itu dibuat menerusi pemakluman rasmi yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, susulan keputusan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 Tahun 2026 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam perkembangan berkaitan, LLM berkata, pihaknya mengambil maklum maklum balas orang ramai berhubung gangguan teknikal yang dialami aplikasi TuJu susulan peningkatan ketara jumlah pengguna.

“Tindakan sedang mengambil tindakan bagi mengenal pasti punca gangguan, memulihkan kestabilan sistem serta meningkatkan keupayaan aplikasi untuk menampung pertambahan pengguna.

“Penambahbaikan akan terus dilaksanakan bagi memastikan TuJu dapat memberikan perkhidmatan yang lebih stabil, tepat dan mesra pengguna,” ujarnya.

Untuk rekod, TuJu mula diperkenalkan pada 26 November 2025 dan dibangunkan sebagai aplikasi navigasi lebuh raya tempatan.

Selain menyediakan maklumat perjalanan, aplikasi itu turut menawarkan kemudahan berkaitan keadaan trafik, kemudahan lebuh raya dan bantuan kecemasan bagi menyokong keperluan pengguna sepanjang perjalanan.– KOSMO! ONLINE

The post Aplikasi TuJu ditambah baik, fungsi navigasi terganggu sementara appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved