YouTube terus berinovasi untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik kepada pengguna dari masa ke masa. Demikian itu, dalam perkembangan terbarunya, aplikasi YouTube kini membolehkan pengguna untuk berkongsi minit-minit spesifik dalam sesuatu perkongsian video. Ciri ini cukup berguna bagi mereka yang mungkin ingin berkongsi bahagian menarik tertentu dalam sebuah video kepada rakan, keluarga dan sesiapa sahaja.

Sebelum ini ciri ini hanya boleh dilakukan menerusi YouTube versi web. Meskipun begitu, ia masih merupakan satu peningkatan kepada ketersediaan ciri baru yang memberikan pengalaman penggunaan menjadi lebih baik berbanding sebelum ini.
Menerusi ciri baru ini, pengguna hanya perlu :
- Hentikan video pada titik masa yang ingin dikongsi.
- Tekan butang ‘Share’ di bahagian bawah paparan video.
- Pilih platform media sosial yang ingin dituju untuk perkongsian.
- Video akan secara automatik terpotong pada titik yang dipilih dan sedia untuk dikongsi.

Kemas kini seumpama ini bukan sahaja bermanfaat untuk pengguna biasa, tetapi juga berguna untuk pencipta kandungan YouTube. Menerusinya, pencipta kandungan dengan mudah dapat mempromosikan bahagian-bahagian terbaik dalam video sekaligus memberikan kesan positif kepada pertumbuhan saluran.
Namun, ciri ini masih belum dapat diakses oleh semua pengguna kerana ia dilaporkan akan diberikan secara berperingkat. Menarik untuk sama-sama kita manfaatkan ciri terbaru ini menerusi kemas kini terbaru aplikasi YouTube.

