APMM tahan tiga warga tempatan ceroboh kaki jambatan

4 Aug 2026 • 2:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: APMM tahan tiga warga tempatan ceroboh kaki jambatan

APMM Pulau Pinang tahan tiga individu warga tempatan disyaki menceroboh Kawasan Larangan Tempat Larangan di struktur Jambatan Pulau Pinang tanpa kebenaran.

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan tiga individu warga tempatan disyaki menceroboh Kawasan Larangan Tempat Larangan (KLTL) di struktur Jambatan Pulau Pinang di sini, semalam.

Pengarah APMM Pulau Pinang Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata penahanan itu dilakukan ketika anggota bot peronda APMM Malaysia membuat rondaan di sekitar perairan Pulau Pinang pada 1.30 tengah hari.

Beliau berkata pemeriksaan di kawasan kaki tiang Jambatan Pulau Pinang mendapati dua lelaki dan seorang wanita berada di kawasan yang diwartakan sebagai KLTL tanpa kebenaran.

“Kesemua suspek disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh Kawasan Larangan Tempat Larangan (KLTL). 

“Mereka telah ditahan dan diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Suffi berkata kawasan di bawah Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah merupakan KLTL yang meliputi zon penampan sejauh 250 meter di sebelah kiri dan kanan jambatan.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan itu bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti maritim serta orang awam mengenai kepentingan mematuhi kawasan larangan yang diwartakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved