App parkir terganggu sementara

LocalTechnology
1 Jul 2026 • 3:11 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

App parkir terganggu sementara

Kota Kinabalu: Aplikasi Sabah Smart Parking mengalami gangguan perkhidmatan sementara, menyebabkan pengguna tidak dapat mengakses beberapa fungsi utama.

Dalam satu notis pada Selasa, Bahagian Pengurusan Tempat Letak Kereta DBKK Holdings Sdn Bhd memaklumkan perkhidmatan terjejas meliputi pembayaran parkir secara digital, semakan kompaun, pembelian pas parkir bulanan, tambah nilai kredit serta akses kepada modul perkhidmatan iBERSIH.

Syarikat turut memaklumkan tiada kompaun parkir akan dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut.

DBKK Holdings memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami dan memaklumkan usaha sedang giat dijalankan bagi memulihkan semula aplikasi itu secepat mungkin.

Bagaimanapun, tiada tempoh masa dinyatakan bagi pemulihan sepenuhnya.

Pertanyaan boleh diajukan kepada Pejabat Pengurusan Tempat Letak Kereta DBKK Holdings di talian 088-270181 atau 088-270182, atau hadir ke pejabat di Aras 1, Kompleks Beli-Belah KK Plaza, Kota Kinabalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved