Apple Akan Menawarkan Filem Terbitan Mereka Ke Platform Lain

TechnologyDigital
19 Nov 2024 • 8:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Platform Apple TV+ menawarkan kandungan siri TV dan filem eksklusif yang diterbitkan sendiri oleh Apple. Walaupun kandungan yang ditawarkan menarik, jumlah pelanggan Apple TV+ masih amat rendah jika dibandingkan dengan pesaing walaupun sudah lima tahun beroperasi. Menurut laporan Bloomberg, Apple akan menawarkan filem terbitan mereka ke platform lain sebagai langkah menjana pendapatan.

image is not available

Filem akan dilesenkan ke platform penstriman dan stor atas talian milik pihak ketiga bagi membolehkan ia disewa atau dibeli secara digital. Kandungan siri Apple TV+ walau bagaimanapun pada ketika ini akan kekal eksklusif pada platform milik mereka sahaja. Antara filem yang telah diterbitkan oleh Apple ialah Napoleon, Killer of The Flower Moon, CODA, Argylle, Tetris dan Greyhound.

Perubahan dipercayai dilakukan bagi menjana pendapat kerana Apple TV+ masih belum menjana sebarang keuntungan berbanding perkhidmatan Apple yang lain. Baru-baru ini Apple TV+ ditawarkan dalam Prime Video di Amerika Syarikat. Sekiranya laporan ini menjadi kenyataan, Apple mengikut langkah HBO yang telah menawarkan kandungan mereka di Netflix sejak tahun lalu.