Apple Dijangka Mula Perkenal Apple Intelligence Pada Oktober – Beberapa Minggu Selepas Penawaran iOS 18

TechnologyDigital
29 Jul 2024 • 8:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple kini dilaporkan mengalami kelewatan dalam penawaran perkhidmatan kecerdasan buatan mereka yang menjadi fokus utama pada iOS 18. Melalui laporan Bloomberg, Apple dijangka menawarakn Apple Intelligence sekitar Oktober 2024 kelak, dan bukannya bersama-sama iOS 18 yang dijangka hadir pada September.

Perkara ini juga mungkin membuatkan jualan awal iPhone 16 tidak menyertakan sokongan Apple Intelligence ketika ditawarkan, dan akan menerima beberapa minggu selepas itu melalui kemaskini perisian.

image is not available

Sebelum ini, Apple telah mempertontonkan Apple Intelligence yang boleh melakukan sejumlah perkara, termasuk menambah-baik penulisan, pembaharuan pada Siri, sokongan susunan notifikasi mengikut keperluan, serta integrasi ChatGPT.

Ia dikatakan beberapa fungsi masih terhad dan tidak ditawarkan ketika pengenalannya kelak – termasuk Siri yang diperbaharui.

Mengikut halaman rasmi Apple, Apple Intelligence hanya akan menawarkan sokongan kepada iPhone 15 Pro Max dan juga iPhone 15 Pro sahaja buat masa ini. Disamping itu, kita juga mungkin melihat ia ditawarkan terhad ke beberapa buah negara ketika peringkat permulaan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan Apple Intelligence ini tidak lama lagi.