Apple sedia menggunakan sensor kamera Sony pada telefon pintar keluaran mereka. Namun, kini hadir desas-desus mengatakan Apple kelak akan mengubah penggunaan sensor Sony, dan turut menggunakan sensor Samsung pada iPhone akan datang.

Menurut Ming-Chi Kuo, Samsung dijangka akan menyertai sebagai pembekal kamera untuk model akan datang iPhone, berkemungkinan seawal 2026 kelak. Samsung dijangka menawarkan kamera 48-megapixel untuk Apple.
Ia dikatakan Samsung telah membentuk sebuah pasukan khusus untuk Apple. Langkah ini juga dijangka akan menamatkan dominasi Sony dalam membekalkan sensor rakaman gambar dan video kepada Apple setakat ini. Apple dijangka tidak membuang Sony, sebaliknya turut mendapatkan khidmat daripada beberapa pembekal berbeza dalam memenuhi permintaan syarikat teknologi berkenaan.
— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) July 24, 2024


