Apple Dilaporkan Akan Mengubahsuai Jadual Pelancaran Sejumlah Produk Mereka

TechnologyDigital
11 Jul 2025 • 3:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple akan memperkenalkan produk-produk seperti siri iPhone 17, iPad Pro dan kemaskini kepada Apple Vision Pro sekitar penghujung suku ketiga tahun ini, tetapi menurut Bloomberg, syarikat teknologi premium tersebut juga dijangka akan memperlihatkan sejumlah kemaskini kepada siri produk lain pada awal tahun hadapan.

Menurut laporan Mark Gurman di Bloomberg, Apple dijangka akan memperlihatkan penawaran siri komputer Mac dan komputer riba MacBook termasuklah MacBook Pro dengan cip pemprosesan baru, kemaskini kepada paparan skrin Apple Studio, iPhone 17e yang hadir dengan spesifikasi mampu-milik dan kemaskini kepada siri iPad dan iPad Air.

image is not available

iPhone 17e dijangka akan hadir dengan rekaan yang menyerupai iPhone 16e, dan seperti peranti sebelumnya, mungkin akan dikemaskini dengan cip pemprosesan Apple A19 baru yang akan menguasakan peranti Apple iPhone 17 dan 17 Plus.

image is not available

Untuk MacBook Pro dan MacBook Air pula, terdapat kebarangkalian model-model tersebut akan tiba dengan cip Apple M5, M5 Pro dan M5 Max. Model M5 Pro dan Max ini juga dilihat mungkin kali terakhir Apple akan menggunakan rekaan rangka ini pada MacBook Pro, kerana Apple akan mengemaskini rupa-bentuk MacBook Pro dan menawarkan paparan OLED menggantikan Retina Display pada tahun 2027.

Apple juga akan melancarkan model-model iPad dan iPad Air baru di acara tersebut. Untuk iPad Air, model generasi baru ini dijangka akan menggantikan model generasi ketujuh dengan kemaskini cip pemprosesan Apple M4.

image is not available

Laporan Bloomberg mengatakan lagi bahawa terdapat kebarangkalian bahawa kemaskini kepada tarikh acara pelancaran produk ialah untuk memastikan bahawa jualan produk-produk mereka adalah lebih sekata, dan membolehkan pelanggan lebih banyak masa untuk membeli produk-produk baru.

Apple dijangka akan memperlihatkan peranti seperti siri Apple iPhone 17, Apple Watch, Apple iPad Pro dan kemaskini kepada Apple Vision Pro pada bulan September ini, manakala produk-produk yang lain akan diperkenalkan sekitar separuh pertama tahun hadapan.