iOS 18.2 Developer Beta Dengan Integrasi ChatGPT, Genmoji dan Visual Intelligene Kini Boleh Diuji

TechnologyDigital
24 Oct 2024 • 6:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas lebih 4 bulan iOS 18 dilancarkan oleh Apple, akhirnya ciri yang dinantikan orang ramai sudah boleh diuji. Ciri ini adalah integrasi ChatGPT untuk Siri yang lebih pintar, aplikasi Mail baharu yang lebih bijak, akses kepada Visual Intelligence, Gemmoji dan banyak lagi. Cuma, walaupun ujian ini terbuka kepada semua ia digalakkan untuk pembangun sahaja.

image is not available
Sumber: 9to5Mac

iOS 18.2 Developer Beta 1 ini turut dihadkan kepada iPhone dengan cip A17 Pro, A18 dan A18 Pro sahaja. Kemas kini beta baharu ini menawarkan akses hampir lengkap kepada kebanyakan ciri kecerdasan buatan generatif yang Apple pernah umumkan Jun lepas. Disebabkan ini adalah beta untuk pembangun, tahap stabiliti sistem operasi tidak dijamin. Ujian beta umum akan ditawarkan di masa akan datang dengan jangkaan versi stabil ditawarkan pada bulan Disember.

Jika anda memiliki mana-mana iPhone 15 Pro atau mana-mana iPhone 16, anda boleh mengujinya jika tidak hiraukan risiko kehilangan data. Apa-apa pun, sebelum memasang kemas kini beta ini jangan lupa untuk melakukan sandaran.