Apple iPhone 16 Diperkenalkan Dengan Cip A18, Butang Kawalan Kamera

TechnologyDigital
10 Sep 2024 • 1:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini memperkenalkan kemaskini kepada siri telefon pintar mereka, melalui iPhone 16. Model generasi baharu ini membawakan perubahan besar pada prestasi dan kadar penggunaan tenaga melalui penggunaan cip A18 – berbeza dengan A16 pada iPhone 15 sebelum ini.

image is not available

Kuasa pemprosesan tambahan ini sekaligus menawarkan sokongan kecerdasan buatan bersama-sama dengannya, dipanggil Apple Intelligence. Apple mengatakan iPhone 16 direka khusus untuk arena kecerdasan buatan ini. Melalui Apple Intelligence, pengguna boleh menikmati sejumlah perkara, termasuk ringkasan pada notifikasi, Siri yang ditambah-baik, serta integrasi yang lain. Integrasi Apple Intelligence ini juga membolehkan anda menulis dengan baik, selain menjana sejumlah grafik terus pada peranti. Walaubagaimanapun, ciri Apple Intelligence ini akan diperkenalkan secara berperingkat bermula bulan Oktober 2024 kelak.

image is not available

Pada rekaan iPhone 16, walaupun ia menawarkan rekaan lebih kurang sama seperti iPhone 15 sebelum ini, tetapi kali ini ia turut hadir dengan pilihan butang tindakan khas pada bahagian tepi yang boleh dipautkan dengan aplikasi – menjadikan ia sebagai butang pintas untuk mengakses sesuatu tetapan atau aplikasi.

image is not available

Selain itu, iPhone 16 turut menyertakan butang kawalan kamera pada bahagian tepi, membolehkan anda menggunakannya dalam mengakses aplikasi kamera dengan pantas, mahupun merakamkan gambar lebih baik.

image is not available

image is not available

Seperti sebelum ini, sebanyak dua model ditawarkan dibawah iPhone 16, iaitu iPhone 16 dan iPhone 16 Plus – masing-masing pada saiz 6.1-inci dan 6.7-inci. Ia menyertakan kamera utama 48-megapixel dibelakang yang membolehkan anda merakamkan gambar lebih jelas melaluinya. Apple mengatakan iPhone 16 membawakan saiz bateri lebih besar, sekaligus membolehkan pengguna menggunakannya untuk tempoh lebih lama berbanding sebelum ini. Sokongan integrasi komunikasi kecemasan secara satelit turut disertakan bersama iPhone 16 ini – namun terhad ke beberapa pasaran sahaja, selain dilengkapi sokongan WiFi 7.

Di Malaysia, pengguna tempatan boleh mendapatkannya bermula 20 September 2024, pada harga bermula RM3999 untuk iPhone 16, dan bermula RM4499 untuk iPhone 16 Plus.