Apple iPhone 17 Pro Max Ialah Telefon Pintar Pertama Dibawa Ke Bulan

WorldTechnology
3 Apr 2026 • 8:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Misi Artemis II yang dilancarkan awal pagi semalam kini sedang melakukan suntikan translunar (TLI) untuk melakukan perjalanan selama 4 hari ke bulan. Semalam krew kapsul angkasa Integrity melakukan beberapa pemeriksaan sistem kritikal sebelum TLI boleh dilakukan. Yang mendapat perhatian ialah krew menggunakan telefon pintar untuk mengambil gambar bumi.

image is not available

Dalam dilihat dengan jelas iPhone 17 Pro Max berwarna perak digunakan untuk mengambil gambar. Sebelum itu dapat juga dilihat telefon yang sama diletakkan dalam poket sut angkasa lepas krew. Ini menjadikan iPhone 17 Pro telefon pintar pertama akan dibawa mengelilingi bulan.

image is not available

Februari lalu pentadbir NASA, Jared Isaacman mengesahkan krew Artemis II akan dibenarkan membawa telefon pintar peribadi untuk misi Artemis II. Rakaman dalam kapsul Integrity, permukaan bulan daripada tingkap dan sepanjang misi akan dilakukan menggunakan iPhone 17 Pro yang dibawa ini.

Ia kali pertama krew NASA dibenarkan membawa telefon pintar. Krew SpaceX dan Blue Origin telah lama diberikan kebenaran yang sama. Alasan NASA sejak sekian lama ialah setiap kelengkapan perlu diuji untuk melepasi piawaian misi yang ketat. Kamera pertama di permukaan bulan ialah Hasselblad pada tahun 1969. Hampir 57 tahun selepas itu telefon pintar pertama ke bulan pula ialah Apple iPhone 17 Pro Max.