Apple kini telah memulakan program gantian dan baik-pulih melibatkan pengguna iPhone 14 Plus yang mempunyai masalah dengan kamera belakang. Apple mengatakan sejumlah kecil pengguna iPhone 14 Plus akan tidak paparkan pralihat apabila menggunakan kamera belakang.

Apple mengatakan mereka mengenal-pasti peranti yang terlibat adalah keluaran antara April 2023 sehingga April 2024. Bagi anda yang menggunakan iPhone 14 Plus, anda boleh semak sama ada peranti anda terlibat dengan program gantian dan baik-pulih ini atau sebaliknya melalui laman sehenti yang disediakan oleh Apple.
Sekiranya peranti anda terlibat dengan masalah ini, anda boleh memulakan langkah seterusnya seperti membuat temujanji untuk baik-pulih. Disamping itu, sekiranya anda telah mengenal-pasti masalah ini sebelum ini, dan telah melakukan baik-pulih, pihak Apple turut menawarkan bayaran balik untuknya.

