Selepas iPhone, Kini Indonesia Turut Menghalang Jualan Google Pixel Kerana Tidak Memenuhi Keperluan Tempatan

TechnologyDigital
1 Nov 2024 • 3:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Indonesia sebelum ini telah menghalang jualan telefon pintar iPhone di negara tersebut, disebabkan Apple tidak memenuhi beberapa keperluan untuk menjual di pasaran berkenaan. Kini, selain iPhone, kerajaan Indonesia dilihat turut menghalang jualan Google Pixel di negara tersebut.

image is not available

Hal ini disebabkan oleh Google masih tidak memenuhi keperluan untuk peranti yang dijual di Indonesia perlu mempunyai 40% kandungan tempatan dari segi aplikasi dan sebagainya. Kerajaan Indonesia sedia menetapkan peraturan tempatan, dimana pengeluar peranti boleh memilih untuk melakukan pengeluaran produk di Indonesia, menyertakan pembangunan aplikasi di Indonesia, atau memfokuskan kepada penciptaan produk inovatif dalam Indonesia.

Pada hari ini, Samsung dan Xiaomi mempunyai fasiliti pengeluaran tempatan di Indonesia, termasuk dengan pelbagai pengeluar lain yang mengambil langkah lebih kurang sama untuk menawarkan peranti di Indonesia. Hal ini juga secara tidak langsung menyokong ekonomi setempat di negara tersebut. Apple pula sebelum ini telah menubuhkan akademi di negara tersebut – tetapi nilai pelaburan tidak mencapai seperti yang dijanjikan Apple.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada Google akan memohon pelesenan jualan di Indonesia atau sebaliknya memandangkan jualan Google Pixel tidak setinggi produk jenama lain di rantau Asia Tenggara ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved