Apple Memaklumkan Pelabur, Mengatakan Produk Baharu Mungkin Tidak Membawa Keuntungan Seperti iPhone

TechnologyDigital
6 Nov 2024 • 11:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini mengeluarkan pemakluman kepada para pelabur syarikat mereka, mengatakan produk baharu dan akan datang oleh mereka mungkin tidak membawa keuntungan besar seperti yang ditawarkan oleh iPhone. Ia tidak dinyatakan produk baharu apakah yang sedang dibangunkan oleh Apple.

Seperti ramai sedia maklum, Apple sedia hadir dengan set realiti-maya mereka dinamakan Vision Pro, disamping turut memfokuskan kepada pembangunan kecerdasan buatan.

image is not available

Untuk tahun 2025, mengikut spekulasi ramai, Apple dijangka akan menawarkan sebuah produk untuk kegunaan dalam rumah yang dilengkapi skrin dan speaker untuk memudahkan pengguna bertanyakan pelbagai perkara, memainkan muzik, dan sebagainya. Peranti berkenaan dijangka akan dijual pada harga yang kompetitif, dengan harapan pengguna membeli beberapa peranti untuk diletakkan di dalam rumah.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut, dan apakah produk seterusnya oleh Apple.