Apple MacBook Air Turut Dikemaskini Dengan Cip M5 – Kini Bermula RM4,699 Untuk Storan 512GB

TechnologyDigital
3 Mar 2026 • 10:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama-sama pengenalan kemaskini untuk MacBook Pro dengan cip lebih berkuasa, Apple turut telah mula menawarkan MacBook Air dengan cip Apple M5. Bersama-sama dengan pengenalan ini, Apple turut meningkatkan harga pengenalan MacBook Air, dimana kini ia ditawarkan bermula RM4,699, berbanding tahun lepas ia ditawarkan bermula RM4,449.

image is not available

MacBook Air hadir dengan dua pilihan saiz skrin, iaitu 13-inci dan juga 15-inci. Dengan cip Apple M5, ia menjanjikan prestasi lebih berkuasa, dan penggunaan tenaga lebih efisien. Disamping itu, Apple kini menawarkan MacBook Air dengan storan bermula 512GB berbanding sebelum ini 256GB, sekaligus menggandakan penawaran storan. Pada masa yang sama, ia turut hadir dengan memori bermula 16GB RAM.

Cip Apple N1 turut disertakan pada komputer riba nipis ini, sekaligus menawarkan sokongan WiFi 7 dan juga Bluetooth 6. Disamping itu, MacBook Air M5 hadir dengan kamera 12MP Center Stage, bateri sehingga 18 jam lamanya, dan sokongan Thunderbolt 4.

Di Malaysia, MacBook Air M5 bersaiz 13-inci ditawarkan pada harga bermula RM4,699, dan MacBook Air M5 bersaiz 15-inci ditawarkan bermula RM5,499.