Perkhidmatan penstriman NVIDIA GeForce Now baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah mula memperkenalkan perkhidmatan tersebut untuk para pengguna komputer dengan sistem operasi Linux, dan telah memperlihatkan aplikasi tersebut dalam fasa ujian beta.
Sebelum ini, aplikasi tersebut hanya ditawarkan untuk komputer yang menggerakkan sistem operasi Microsoft Windows dan Apple MacOS dan Chromebook OS, tetapi kini akhirnya ia turut ditawarkan pada platform sistem operasi sumber terbuka tersebut.

Dengan pengumuman ini, NVIDIA turut memperlihatkan laman web FAQ untuk mereka yang mungkin menghadapi masalah untuk menggunakan perkhidmatan ini pada komputer mereka. Perisian tersebut boleh dimuat-turun melalui pautan ini.
Dalam pada itu, NVIDIA GeForce Now turut memperkenalkan sejumlah permainan baharu dalam senarai permainan komputer disokong, termasuklah:
- The Midnight Walkers
- Cairn
- Prototype
- Prototype 2
- Warhammer 40,000: SPACE MARINE 2
- Half Sword
- Vampires: Bloodlord Rising
- The Bard’s Tale Trilogy
- The Bard’s Tale IV: Director’s Cut
- Total War: Three Kingdoms


