
Apple sedia diperkatakan sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan iPhone boleh-lipat tidak lama lagi – yang membawakan rekaan seumpama sebuah buku yang boleh dibuka. Selain rekaan berkenaan, Apple turut diperkatakan sedang pertimbang untuk membangunkan iPhone dengan rekaan skrin boleh lipat yang kedua, iaitu rekaan boleh-katup.

Rekaan boleh-katup ini akan menyerupai Galaxy Z Flip, dan menawarkan rekaan segi empat sama apabila ia di katup. Laporan ini juga sekaligus memperlihatkan Apple sedang bereksperimen dengan beberapa rekaan peranti untuk penawaran mereka kelak.
Apple juga dilihat ingin menyusun jadual pelancaran peranti mereka, supaya pengenalan produk tidak menenggelamkan satu sama lain. Untuk tujuan ini, Apple dijangka akan mula memfokuskan siri iPhone Pro dan boleh-lipat pada sekitar September atau Oktober, dan pelancaran model iPhone biasa pada pertengahan tahun seterusnya.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah langkah Apple seterusnya dalam arena peranti mudah-alih ini.


