Apple Malaysia kini tawar program tukar beli iPhone, iPad, dan Mac

Digital
27 Mar 2024 • 11:36 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple Malaysia telah mengumumkan program tukar beli terus melalui pihak mereka. Laman rasmi perkhidmatan sudahpun aktif dan boleh dirujuk sekarang. Program tukar beli ini merangkumi semua produk keluaran jenama itu daripada iPhone, iPad, Mac, dan MacBook.

image is not available

Peranti Apple yang lama boleh diserahkan untuk ditukarkan menjadi kredit pembelian untuk anda dapatkan produk yang baharu. Walau bagaimanapun, tukar beli hanya dibenarkan untuk barang yang sama kategori. Sekiranya anda serahkan iPhone, kredit hanya sah untuk pembelian iPhone yang lain.

Apabila pengguna lawati laman rasmi Apple, mereka boleh cari butang kecil dekat halaman pembelian produk untuk lihat nilaian semasa Apple Trade In.

iPhone 6 Plus boleh ditukar kepada kredit RM150

Daripada senarai tukar beli, model iPhone paling lama yang diterima adalah iPhone 6 Plus yang tawarkan RM150 kredit pembelian. Kemudian, ada juga Apple Watch Series 5 dengan kredit sehingga RM350. Untuk MacBook nilaian kredit maksimum adalah RM3,900 sementara MacBook Pro dan iPad Pro pada para RM4,200.

image is not available

Untuk menyertai program tukar beli, pengguna perlu beli dahulu peranti baharu yang diingini. Kemudian, untuk peranti lama, pengguna perlu memasukkan nombor siri peranti yang ingin diserahkan untuk memeriksa anggaran kredit yang bakal mereka terima.

image is not available

Apple akan berikan nilaian sebenar apabila mereka telah menerima dan mengesahkan keadaan peranti itu.

image is not available

Setelah itu, barulah Apple akan tolak bayaran peranti baharu menggunakan kredit tadi dan dimaklumkan yang proses ini mengambil masa sehingga 3 minggu.

image is not available

Apple Malaysia juga ada program kitar semula

Selain program tukar beli untuk mudahkan anda uruskan peranti lama, Apple juga ada program kitar semula. Program ini menerima semua peranti walaupun ia bukanlah berjenama Apple. Namun, tiada sebarang token penghargaan diberikan yang sepatutnya sekurang-kurangnya berikanlah sijil untuk kita bermegah-megah di media sosial.