Apple Memperkenalkan iOS 17 – Bakal Hadir Ke iPhone Anda Sekitar September

TechnologyDigital
6 Jun 2023 • 1:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini memperkenalkan secara rasminya versi sistem operasi akan datang mereka, iaitu iOS 17. iOS 17 ini bakal hadir kepada semua pengguna iPhone seluruh dunia sekitar September atau Oktober kelak.

iOS 17 menyertakan sejumlah ciri baharu menarik, dalam menjadikan iPhone anda lebih peribadi dan disesuaikan berasaskan citarasa anda sendiri. Salah satunya adalah ciri Posters – yang membolehkan anda menyesuaikan maklumat peribadi supaya ia diperlihatkan dalam bentuk yang diinginkan pada skrin penerima panggilan.

image is not available

Disamping Posters, kini pengguna juga boleh melihat sokongan transkrip mesej suara dalam bentuk masa-nyata, dan memilih untuk memberikan respon kepada sesuatu panggilan atau sebaliknya – terutamanya ketika memandu atau dalam mesyuarat.

image is not available

Satu lagi ciri baharu yang menarik turut diumumkan adalah NameDrop – memudahkan anda berkongsi maklumat seperti nombor telefon dan alamat emel dengan hanya membawa sesuatu iPhone berdekatan dengan iPhone lain.

image is not available

iOS 17 juga kini memudahkan pemindahan fail secara AirDrop pada jarak jauh, sekaligus membolehkan anda bergerak apabila telah memulakan pemindahan sesuatu fail ke peranti.

Pada sokongan pembantu maya Siri pula, akhirnya seperti dinantikan ramai, kini Apple membuang penggunaan kata “Hey Siri”, dan sebaliknya boleh diaktifkan dengan hanya penggunaan “Siri” sahaja.

image is not available

Sebuah aplikasi baharu turut disertakan pada iOS 17, dinamakan Journal. Ia membolehkan anda merekodkan pelbagai perkembangan harian anda dengan mudah, termasuk gambar, aktiviti serta maklumat daripada pelbagai aplikasi lain. Apple menyatakan aplikasi berbentuk diari ini akan disulitkan dan datanya hanya boleh diakses oleh seseorang pengguna itu sahaja.

image is not available

image is not available

Dan akhir sekali, sebuah ciri dinamakan StandBy diumumkan, iaitu sebuah mod khusus ketika pengecasan yang memaparkan waktu atau sesuatu widget dalam bentuk skrin penuh, serta pada paparan mendatar.

image is not available

Ciri-ciri baru ini bersama yang lain bakal hadir pada kemaskini iOS 17 kelak untuk iPhone. Kebiasaanya, kemaskini akan ditawarkan dalam bentuk Beta terlebih dahulu, dengan versi akhir hadir sekitar September atau Oktober pada peringkat global.

image is not available