Apple Menghentikan Jualan Monitor Pro Display XDR

TechnologyDigital
4 Mar 2026 • 6:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Studio Display dan Apple Studio Display XDR dilancarkan semalam dengan skrin 27″ 5K. Serentak dengan pelancaran dua model monitor baharu ini, Apple telah berhenti menjual monitor Apple Pro Display XDR menerusi laman web mereka. Ini ialah monitor mercu 32″ yang dilancarkan pada tahun 2019 untuk dipadankan dengan Mac Pro baharu.

image is not available

Apple Pro Display XDR hadir dengan skrin 32-inci, resolusi 6K Retina. dan kecerahan puncak 1000-nit, Di Malaysia, Pro Display XDR hadir pada harga RM19,999 untuk kaca biasa, sementara kaca Nano-texture ditawarkan pada harga RM25,999 dengan tapak Pro Stand ditawarkan secara berasingan pada harga RM4499.

Dari segi prestasi, Apple Studio Display XDR adalah monitor yang lebih terang tetapi Apple Pro Display XDR mempunyai saiz skrin lebih besar dan resolusi lebih tinggi. Jika anda masih mencari Apple Pro Display XDR , ia kini hanya boleh dibeli menerusi pihak ketiga selagi stok masih ada.