Apple Mengumumkan Penambahan Ciri Podsiar Video – Bersaing Dengan YouTube Dan Spotify

TechnologyLifestyle
17 Feb 2026 • 10:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple hari ini mengumumkan mereka akan menambah sokongan podsiar video pada Apple Podcasts, sekaligus memberikan pengguna pilihan untuk mendengar versi audio sahaja untuk sesuatu podsiar, atau turut menontonnya sekali. Apple dijangka memperkenalkan ciri ini secara meluas dalam masa terdekat.

image is not available

Ini sekaligus akan memposisikan mereka selari dengan platform seperti YouTube dan Spotify yang sedia menawarkan sokongan podsiar dalam bentuk video. Perkembangan penawaran kandungan dan cara pengguna menikmati kandungan membawa kepada ramai memfokuskan kepada video, sekaligus memperlihatkan lebih ramai menyukai podsiar dalam bentuk video berbanding audio.

Selari dengan ini juga, Apple mengatakan penerbit kandungan yang menggunakan beberapa platform terpilih turut boleh menambah sokongan integrasi iklan, dan menjana pendapatan tambahan melaluinya. Penawaran baharu ini boleh diuji melalui iOS 26.4 Beta dan iPadOS 26.4 Beta. Kelak, Apple akan mengaktifkan penawaran ini di iPhone, iPad, Mac, dan juga web.