Apple Pertimbang Membawa Sokongan Selular Pada MacBook – Hasil Pembangunan Modem Tersendiri

TechnologyDigital
8 Dec 2024 • 12:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple sedia diperkatakan sedang membangunkan modem tersendiri, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pihak ketiga seperti Qualcomm. Modem yang dibangunkan oleh Apple dijangka akan digunakan buat pertama kalinya pada iPhone SE yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan, 2025.

image is not available

Selari penggunaan pada iPhone SE, pihak Apple dijangka akan memperluaskan penggunaan modem yang dibangunkan sendiri tersebut pada iPhone-iPhone akan datang secara berperingkat. Menariknya, menurut Bloomberg, pembangunan modem tersendiri ini juga dijangka akan membuatkan Apple membawa sokongan selular pada Mac dan juga Vision Pro.

Modem yang dibangunkan Apple ini dikatakan bersaiz lebih kecil berbanding dengan penawaran Qualcomm, dan pada masa yang sama menggunakan tenaga bateri lebih rendah. Ini juga dijangka akan membolehkan Apple membangunkan rekaan iPhone yang lebih nipis.

Apple dikatakan sedang pertimbangkan idea integrasi selular pada Mac – sekaligus membolehkan pengguna kekal berhubung walaupun tidak mempunyai sambungan Wi-Fi pada komputer masing-masing. Walaubagaimanapun, sekiranya idea ini diteruskan, kita mungkin melihat Mac dengan sokongan selular selepas 2026 kelak melalui modem generasi kedua mereka.