Apple Store Beri Amaran Tidak Boleh Guna Kabel USB-C Android Pada iPhone 15

29 Sep 2023 • 9:54 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jangan gunakan kabel usb-c android pada iPhone 15 kerana boleh overheat

Apple Store Beri Amaran, Tidak Boleh Guna Kabel USB-C Android Pada iPhone 15. Sejak keluaran siri iPhone 15 minggu lepas, terdapat banyak laporan mengenai masalah terlalu panas (overheat), terutamanya dengan model versi Pro, yang mempunyai cip berkuasa tinggi tetapi sistem penyejukan yang lemah.

Baru-baru ini, amaran telah diisukan mengenai penggunaan penyambung USB-C Android atas sebab pengecasan yang mungkin menyebabkan model iPhone 15 menjadi terlalu panas atau panas yang berlebihan.

image is not available
Sumber: vocket

Satu amaran telah diisukan kepada orang ramai

Menurut sumber, Apple Store di Foshan, Guangdong, telah menggesa pelanggan iPhone 15 supaya tidak menggunakan penyambung USB-C daripada telefon pintar Android atau yang direka khusus untuk platform tersebut.

Difahamkan, hal ini disebabkan oleh susunan pin di antara kabel USB-C Android dengan port dalam iPhone 15, di mana terdapat ruang kecil di antara barisan tunggal 9-pin dengan 11-pin.

Boleh menjadi terlalu panas

Bahkan, menurut kedai tersebut, perbezaan pin ini boleh menyebabkan iPhone 15 menjadi terlalu panas dan mungkin akan merosakkannya.

Bukan itu sahaja, dilaporkan beberapa Apple Store eksklusif lain di negara itu turut mengeluarkan amaran yang sama kepada pengguna.

image is not available
Sumber: amazon

Dalam pada itu, timbul kritikan oleh sesetengah pihak yang berpendapat Apple mahu menggalakkan pengguna iPhone 15 untuk membeli kabel USB-C yang disediakan oleh syarikat tersebut.

Susulan perkara itu, ada benarnya juga idari sudut perniagaan, kerana ia membolehkan Apple mendapat keuntungan dengan menyediakan kabelnya tersendiri dan bukannya membenarkan penggunaan kabel USB-C yang sudah ada di setiap rumah.

Baca juga artikel yang berkaitan: