Apple Tap To Pay Kini Tersedia Di Malaysia, Peniaga Boleh Terima Pembayaran Tanpa Terminal Tambahan

LocalTechnology
22 Apr 2026 • 11:48 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Apple Tap To Pay Kini Tersedia Di Malaysia, Peniaga Boleh Terima Pembayaran Tanpa Terminal Tambahan

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apple hari ini (22 April) mengumumkan ciri Tap to Pay pada iPhone kini tersedia untuk pengguna di Malaysia.

Penawaran ciri terbaharu ini selepas hampir empat tahun diperkenalkan di Amerika Syarikat sekaligus membolehkan ribuan perniagaan daripada pelbagai skala, baik peniaga jalanan hinggalah pasar raya besar dan rangkaian restoran untuk menerima pembayaran menerusi Apple Pay atau kad kredit/debit hanya dengan menggunakan iPhone, tanpa sebarang terminal tambahan.

Menurut Apple, ciri ini tersedia untuk peranti iPhone 11 atau model lebih baharu yang menggunakan versi iOS terkini.

Pegang kad debit/kredit atau E-dompet dan dekat ke iPhone penjual dan transaksi selesai!

Untuk menggunakannya, peniaga hanya perlu meminta pelanggan memegang kad kredit atau debit, iPhone, Apple Watch atau sebarang e-dompet dekat ke iPhone peniaga, dan transaksi akan diselesaikan dengan selamat menggunakan teknologi NFC.

Dengan ini, peniaga atau penjual kini boleh menerima pembayaran di mana sahaja mereka menjalankan perniagaan.

Setakat ini, platform yang menyokong fungsi ini di Malaysia ialah ADAPTIS, Fiuu, HitPay, Stripe dan Zoho.

Selain itu Tap To Pay turut menyokong pengguna Apple Pay serta e-dompet digital lain dan kad kredit/debit daripada rangkaian pembayaran utama di Malaysia termasuk:

  • American Express
  • JCB
  • Mastercard
  • MyDebit
  • UnionPay
  • Visa

Lebih mengujakan ciri Tap to Pay pada iPhone juga dijangka boleh digunakan ketika membuat pembelian di Apple The Exchange TRX kelak.