Apple Umum Beberapa Ciri Ketercapaian Baharu Untuk OKU

Technology
20 May 2026 • 3:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Umum Beberapa Ciri Ketercapaian Baharu Untuk OKU

Dunia hanya adil apabila semua mendapat akses yang sama rata tanpa mengira kekurangan yang ada. Pada peranti pintar, ciri ketercapaian (accesability) membolehkan orang OKU penglihatan masih boleh menggunakan telefon walaupun tidak dapat melihat skrin. Minggu ini Apple mengumumkan beberapa ciri ketercapaian baharu untuk pengguna OKU.

Image from: Apple Umum Beberapa Ciri Ketercapaian Baharu Untuk OKU
Accessability Reader

Ciri kertecapaian kini diperkasakan oleh Apple Intelligence, merangkumi VoiceOver, Magnifier, Voice Control, Accessibility Reader, serta ciri baharu untuk Apple Vision Pro dan ekosistem video. Semua ciri ini akan hadir akhir menjelang penghujung 2026.

VoiceOver kini memberi penerangan imej lebih terperinci merentas sistem, termasuk foto, gambar bil, dan dokumen-dokumen lain. Pengguna boleh bertanya soalan tentang apa yang dilihat kamera melalui butang Action dan menerima jawapan terperinci, termasuk soalan susulan dalam bahasa lazim.

Image from: Apple Umum Beberapa Ciri Ketercapaian Baharu Untuk OKU
Vision Pro kawal kerusi roda

Magnifier pula menerima fungsi sama dengan antaramuka kontras tinggi, termasuk kawalan suara seperti “zoom in” atau “turn on flashlight”. Ciri Voice Control juga dipertingkat di iPhone dan iPad menggunakan bahasa lazim tanpa pengguna perlu menghafal label pada butang atau nombor.

Ciri “Say what you see” membolehkan navigasi intuitif seperti “tap ikon Photos”. Ini akan membantu dalam situasi laman web tidak dilabel dengan baik. Accessibility Reader lebih pintar kerana ia menyokong artikel kompleks seperti kertas saintifik yang mengandungi carta, kolum, imej, dan jadual. Ia boleh juga melakukan rumusan artikel serta melakukan terjemahan.

Seterusnya ciri sari kata dijana untuk video secara automatik diberikan pada iPhone, iPad, Mac, Apple TV, dan Vision Pro. Vision Pro kini turut boleh mengawal sistem pemanduan kerusi roda menggunakan penjejakan mata dengan ketepatan tinggi

Image from: Apple Umum Beberapa Ciri Ketercapaian Baharu Untuk OKU

Akhir sekali aksesori MagSafe Hikawa Phone Grip & Stand kini tersedia dalam tiga warna baharu dan dilancarkan secara ke pasaran global menerusi Apple Store. Sebelum ini ia hanya boleh dibeli di beberapa kedai Apple Store fizikal sahaja.