Vivo Watch GT 2 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM 499

LocalTechnology
14 May 2026 • 6:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo Watch GT 2 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM 499

Pelancaran hari ini turut memperlihatkan kehadiran jam tangan baharu vivo Watch GT 2. Ia memperlihatkan beberapa peningkatan menarik untuk kegunaan sukan dan harian.

Image from: Vivo Watch GT 2 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM 499

Antara ciri utama yang diketengahkan ialah skrin AMOLED 2.07″ melengkung 2.5D dengan kadar segar semula 60Hz serta tahap kecerahan 2400 nits. Ia turut tersedia dalam dua pilihan sambungan termasuk eSIM, yang membolehkan jam digunakan secara bebas tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada telefon pintar.

Image from: Vivo Watch GT 2 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM 499

Vivo Watch GT 2 juga menggunakan sistem operasi baharu dengan fungsi Smart View dan Shortcut Cards untuk akses pantas maklumat harian, manakala ia turut menyokong lebih 100 mod sukan termasuk larian profesional, latihan kekuatan, tenis, badminton dan ping pong lengkap dengan panduan analisis data.

Image from: Vivo Watch GT 2 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM 499

Selain itu, turut disertakan sensor kesihatan dan kecergasan pelbagai seperti kadar denyutan jantung, oksigen darah (SpO2), tekanan, kitaran haid, tidur serta fungsi SOS kecemasan. Seterusnya, ketahanan bateri mencapai sehingga 33 hari dalam mod asas, manakala penggunaan dengan sambungan Bluetooth menawarkan hayat sekitar 25 hari.

Image from: Vivo Watch GT 2 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM 499

Bagi yang berminat, vivo Watch GT 2 dijual di Malaysia pada harga RM499 untuk versi Black Sport Band dan RM599 untuk versi White Leather Band.