Aprena Manrose sebak tunggu rezeki anak – “Dulu sama-sama TTC, sekarang aku je belum”

Family & ParentingLifestyle
9 Apr 2026 • 10:43 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Aprena Manrose meluahkan rasa sebak apabila dirinya masih belum dikurniakan cahaya mata meskipun sebelum ini melalui fasa usaha untuk hamil atau ikhtiar mendapatkan zuriat (TTC) bersama sepupunya, Nelydia Senrose.

Sebak tunggu rezeki anak

image is not available

Screenshot

Menerusi hantaran di Threads, Aprena berkata mereka pernah saling memberi sokongan sepanjang melalui tempoh tersebut. Namun kini, dia berasa seolah-olah berjuang seorang diri selepas Nelydia terlebih dahulu menerima rezeki untuk menimang cahaya mata.

image is not available

“Dulu saya dan Nely (Nelydia Senrose) sama-sama TTC. Kita kuatkan sesama kita. Sekarang tinggallah saya seorang sahaja yang belum ada rezeki anak,” ciapannya, hari ini.

Dalam masa sama, Aprena turut mengakui perasaan sedih apabila melihat ahli keluarga lain sudah memiliki anak masing-masing, termasuk sepupu-sepupunya.

image is not available

Screenshot

“Semua cousins dah beranak pinak. Saya bila lagi ya Allah?” katanya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, wargaenet mendoakan agar aktres itu dikurniakan jodoh yang baik dan diberi rezeki untuk menimang cahaya mata yang diimpikan.

Insya-Allah ada rezeki

image is not available

Nanti akak dapat juga

image is not available

Allah beri bila tiba waktunya

image is not available

Artikel lain: Doa panjang jodoh depan Kaabah, Aprena Manrose tak sangka perasaan berubah jadi merelakan

Terdahulu, Aprena mengumumkan sudah berpisah dengan suaminya iaitu Mohd Afiq Hazman pada Jun tahun lalu selepas hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2016 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Threads mrsaprenamanrose