Arafah #QuranHour: Masyarakat semakin sedar kepentingan Hari Arafah

26 May 2026 • 2:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Arafah #QuranHour: Masyarakat semakin sedar kepentingan Hari Arafah
Barisan yang menjayakan program Arafah #QuranHour di Masjid An Nur Kubang Labu, Tumpat pada Selasa. Foto SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Image from: Arafah #QuranHour: Masyarakat semakin sedar kepentingan Hari Arafah
Antara tetamu jemputan yang mengimarahkan program Arafah #QuranHour di Masjid An Nur Kubang Labu di sini pada Selasa.
Image from: Arafah #QuranHour: Masyarakat semakin sedar kepentingan Hari Arafah
Perubahan itu dapat dilihat apabila masyarakat kini bukan sahaja hadir untuk merebut ganjaran dijanjikan Allah SWT, malah mahu mendalami penghayatan al-Quran melalui konsep baca, faham dan amal. Foto SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Image from: Arafah #QuranHour: Masyarakat semakin sedar kepentingan Hari Arafah
Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menghayati sambutan Hari Arafah semakin meningkat apabila program Arafah #QuranHour menerima sambutan baik setiap kali penganjuran dengan pengisian yang disifatkan semakin berkualiti. Foto SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Image from: Arafah #QuranHour: Masyarakat semakin sedar kepentingan Hari Arafah
Penganjuran Arafah #QuranHour semakin baik dan pengisiannya juga bertambah berkualiti.
Image from: Arafah #QuranHour: Masyarakat semakin sedar kepentingan Hari Arafah
Sambutan yang diterima tahun ini juga lebih memberangsangkan berbanding penganjuran sebelum ini kerana orang ramai semakin memahami nilai sebenar Hari Arafah.
Image from: Arafah #QuranHour: Masyarakat semakin sedar kepentingan Hari Arafah
Adnan menyampaikan ucapan sempena program Arafah #QuranHour di Masjid An Nur Kubang Labu, Tumpat pada Selasa.

TUMPAT - Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menghayati sambutan Hari Arafah semakin meningkat apabila program Arafah #QuranHour menerima sambutan baik setiap kali penganjuran dengan pengisian yang disifatkan semakin berkualiti.

Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK), Datuk Adnan Hashim berkata, perubahan itu dapat dilihat apabila masyarakat kini bukan sahaja hadir untuk merebut ganjaran dijanjikan Allah SWT, malah mahu mendalami penghayatan al-Quran melalui konsep baca, faham dan amal.

Menurut beliau, sambutan yang diterima tahun ini juga lebih memberangsangkan berbanding penganjuran sebelum ini kerana orang ramai semakin memahami nilai sebenar Hari Arafah.

**media[3533388]**

"Pada tahun ini, Arafah #QuranHour makin baik dan pengisiannya juga bertambah berkualiti kerana masyarakat sudah tahu apabila datang ke program ini, mereka bukan sahaja mendapat ganjaran daripada ALLAH SWT, tetapi turut memperoleh pengisian yang baik.

"Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Hari Arafah semakin meningkat dan ini sesuatu yang sangat positif," katanya ketika ditemui pada program Arafah #QuranHour di Masjid An Nur Kubang Labu di sini pada Selasa.

Hadir sama menjayakan program ini ialah, Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad serta panel, Mohd Syakirin Yuslan, Nik Muhamad Nik Lib, Afiq Syazwan Ismail.

**media[3533381]**

Beliau memberitahu, program kali ini turut membawa kelainan apabila menerima sumbangan untuk disalurkan kepada anak-anak yatim dan asnaf.

Ujarnya, seramai 100 golongan itu berjaya diraikan sekali gus menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Dalam pada itu, beliau berharap gerakan membawa masyarakat kembali kepada al-Quran dapat diteruskan secara lebih meluas dengan penglibatan komuniti.

**media[3533383]**

"Kita sekarang berada pada fasa membawa masyarakat untuk turut berjuang iaitu mereka yang sudah kembali kepada al-Quran melalui baca, faham dan amal digalak membawa orang lain kembali kepada al-Quran," katanya.

Sementara itu, Imam Masjid An Nur Kubang Labu, Wan Fakrulrazi Wan Mahmood berharap program berteraskan al-Quran seperti Arafah #QuranHour mampu terus menyuburkan budaya qiyamullail dan pembacaan kitab suci itu dalam kalangan masyarakat.

**media[3533385]**

Ujarnya, program sedemikian penting bagi membentuk masyarakat yang bukan sahaja mampu membaca al-Quran dengan betul, malah memahami serta mengamalkan isi kandungannya.

Menurut beliau, mereka yang sudah istiqamah perlu terus diperkukuhkan manakala golongan yang belum mendekati al-Quran diharap diberikan kekuatan oleh ALLAH SWT untuk berubah.

**media[3533384]**

**media[3533386]**

"Harapan kita supaya ada perubahan. Mana-mana yang sudah istiqamah, Alhamdulillah, yang belum lagi, mudah-mudahan ALLAH beri kekuatan untuk qiyamullail, baca al-Quran, baca pula dengan betul dan faham, kemudian pakat sebarkan.

"Paling utama, al-Quran mesti didaulatkan dan menjadi dustur perlembagaan kepada semua orang Muslimin," katanya.