Ardell Aryana Kena Tarik Rambut, Muka Ditumbuk Tentera Pendatang Haram Hingga Cedera

WorldPolitics
5 Oct 2025 • 10:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia ardell Ditumbuk

Apa yang sepatutnya menjadi misi kemanusiaan penuh keberanian bertukar menjadi detik hitam buat pelakon dan aktivis Malaysia, Ardell Aryana.

Misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang disertainya diserang secara ganas oleh tentera Israel ketika kapal bantuan kemanusiaan itu dipintas di perairan antarabangsa.

Sukarelawan lelaki dipaksa buka pakaian

Menurut peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Fahmi Abd Moin, Ardell ditarik rambut dengan kasar selain ditumbuk di bahagian muka oleh tentera Israel sehingga mengalami kecederaan ketika rejim terbabit memintas kapal dinaiki Ardell.

image is not available

Fahmi yang merupakan antara lima barisan peguam mewakili 23 sukarelawan Malaysia dalam misi tersebut berkata, kejadian kejam itu turut melibatkan beberapa sukarelawan lelaki termasuk pendakwah terkenal, PU Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, yang dipaksa membuka pakaian dengan tujuan untuk memalukan mereka.

Apa yang baharu saya dapat sedikit sebanyak maklumat sukarelawan GSF sebentar tadi antara perkara yang tidak berperikemanusiaan lain termasuk ada dua, tiga sukarelawan lelaki seperti PU Rahmat diarahkan membuka pakaian. Heliza dan Hazwani pula diberikan minuman air paip dari tandas. Dalam penjara, airnya tidak bersih.

Terbaru, suami Ardell iaitu Nadzmi Adhwa mendedahkan isterinya telah dimasukkan ke hospital di Turki akibat tekanan darah rendah selepas dikasari tentera zionis.

image is not available

Peguam sedia failkan kes di mahkamah jenayah antarabangsa

image is not available

Pada masa sama, Fahmi memaklumkan bahawa pihak peguam bercadang untuk memfailkan hasil siasatan terhadap rejim Israel melalui Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Kita bercadang untuk memfailkan satu laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC). Dengan adanya bukti ini kita boleh beri tekanan politik dan desak siasatan terperinci dibuat terhadap rejim Zionis dan failkan siasatan melalui ICC.

Pihak peguam akan mendapatkan maklumat terperinci apabila tiba ke Malaysia. Mereka juga akan mengumpul bukti berdasarkan keterangan sukarelawan terbabit.

Pssttt! Bayangkan penderitaan yang dilalui rakyat Gaza selama ini. Semoga gerakan kali ini dapat membuka mata dunia dan memberi kemerdekaan buat Palestin selamanya. #freepalestin

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.