NVIDIA NemoClaw Dilancarkan Sebagai Pesaing OpenClaw Dengan Sekuriti Tahap Perusahaan

TechnologyDigital
17 Mar 2026 • 8:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, NVIDIA melancarkan NemoClaw di GTC pagi tadi sebagai pesaing kepada OpenClaw. Ia adalah ejen AI yang boleh menjalankan pelbagai tugasan dengan penekanan diberikan ke atas tahap sekuriti dan privasi lebih tinggi membolehkan ia digunakan oleh sektor perusahaan. NVIDIA mengatakan NemoClaw dibangunkan dengan kerjasama pencipta OpenClaw Peter Steinberger.

image is not available

NemoClaw menambah sistem sekuriti tahap perusahaan, kawalan data lebih ketat, dan pengurusan tingkah laku ejen yang lebih baik. Walaupun OpenClaw tular sejak beberapa bulan lalu, sudah berlaku beberapa insiden ketirisan data yang serius dan ejen melakukan tugasan diluar arahan asal.

Seperti OpenClaw, NemoClaw ditawarkan secara sumber terbuka dan tidak mewajibkan pengguna memiliki GPU NVIDIA. Pelbagai model dan ejen AI turut boleh digunakan. Pada ketika ini NemoClaw masih di peringkat Alpha dengan NVIDIA mengatakan mereka masih dalam proses membangunkannya supaya berfungsi dengan lebih baik.