Armada kapal perang AS undur 1,000km

WorldPolitics
7 Oct 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Armada kapal perang AS undur 1,000km

TEHERAN: Iran mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) berundur lebih 1,000 kilometer (km) dari sempadannya, susulan konflik yang masih berterusan antara kedua-dua negara.

Komander kanan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Laksamana Muda Ali Fadavi, mendakwa tiada kapal perang AS kini berada di Selat Hormuz atau perairan sekitarnya.

Beliau berkata, tentera AS berundur lebih 1,000km dari sempadan Iran, sambil menyifatkan tindakan itu bukan atas pilihan Washington, sebaliknya akibat kekuatan Republik Islam dan IRGC.

“Amerika melarikan diri dan berundur lebih 1,000km dari sempadan kami. Ini bukan pilihan mereka, sebaliknya disebabkan kewibawaan Republik Islam dan kekuatan Pasukan Darat IRGC,” katanya dalam temu bual yang disiarkan Press TV kelmarin.

Fadavi mendakwa, tiada kapal AS berada di Teluk Parsi, Selat Hormuz, Laut Oman atau bahagian utara Lautan Hindi, selain menyifatkan kapal perang AS sebagai 100 peratus terdedah kepada serangan Iran.

Beliau menegaskan, Selat Hormuz masih berada di bawah kawalan Iran dan memberi amaran kapal yang menggunakan laluan selatan di bawah pemantauan AS boleh menjadi sasaran serangan.

Kelmarin, agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UK) melaporkan sebuah kapal tangki berhampiran Oman mematuhi arahan IRGC untuk berpatah balik atau berdepan risiko serangan.

Sementara itu, AS terus melak­sanakan sekatan laut terhadap pelabuhan Iran. Markas Pusat AS (CENTCOM) minggu lalu berkata, pihaknya mengubah haluan 125 kapal komersial sejak Julai bagi memastikan kapal berkenaan mematuhi arahan.

Ketegangan itu berterusan meskipun rundingan tidak langsung antara kedua-dua pihak masih berlangsung. 

Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, berkata pada Ahad Selat Hormuz tidak akan dibuka semula sehingga Washington menerima syarat yang ditetapkan Teheran.

Cadangan Iran untuk tempoh tujuh hari itu menawarkan pembukaan semula laluan perkapalan dan penyambungan rundingan nuklear sebagai pertukaran kepada penarikan sekatan laut, pelonggaran sekatan terhadap eksport minyak Iran serta pembebasan aset negara itu yang dibekukan.– AGENSI

The post Armada kapal perang AS undur 1,000km appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved