‘Army Malaysia’ beratur pukul 3 pagi nak tukar kad debit BTS

LocalEntertainment
23 Sep 2026 • 2:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Army Malaysia’ beratur pukul 3 pagi nak tukar kad debit BTS

PETALING JAYA – Peminat kumpulan K-pop BTS sanggup beratur seawal 3 pagi di cawangan Maybank terpilih bagi merebut peluang penukaran kad debit edisi terhad BTS World Tour Arirang yang mula dikeluarkan hari ini.

Menerusi perkongsian peminat BTS yang menggelarkan diri mereka ‘Army’, mereka memuat naik gambar dan video suasana semasa beratur awal pagi tadi sehinggalah cawangan bank dibuka kepada orang ramai untuk berurusan.

“Power akak ni beratur sejak pukul 3 pagi untuk kad BTS,” kata pengguna Thread yang juga kakitangan bank, Irfan Othman berkongsi gambar seorang peminat BTS hadir untuk penukaran kad debit di cawangan Maybank Shah Alam.

“Ya, saya berjaya dapat tukar kad Maybank Debit Card Visa BTS. Seronok, mula beratur dalam 7 pagi kat cawangan Bukit Bintang. Staf bank baik dan mesra kat situ. Selesai dalam pukul 10 pagi selepas buka pukul 9.30 pagi. Laju staf buat kerja. Army pun menyokong,” kongsi Nina Enany.

“Saya dah tukar, korang dah tukar belum? Terima kasih Maybank Shah Alam, staf semua sempoi. Siap pasang lagu BTS lagi dan pertama kali datang bank meriah nok. Kita orang tujuh orang pertama beratur dari pukul 4.30 pagi. Tak kenal pun, tapi borak macam dah lama kenal, siap buat kumpulan WhatsApp lagi. Army Malaysia memang ngam. Terima kasih untuk freebies (hadiah percuma),” kongsi Diahhbahri.

Terdahulu, Maybank melancarkan kad debit edisi terhad BTS World Tour Arirang yang boleh didapati di 12 cawangan terpilih bermula hari ini.

Pelanggan kad debit Maybank Visa berpeluang memenangi sepasang tiket konsert BTS di Kuala Lumpur pada Disember 2026. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Army Malaysia’ beratur pukul 3 pagi nak tukar kad debit BTS appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved