Arrifin ketuai MSN, Jefri dilantik Pesuruhjaya Sukan berkuat kuasa hari ini

15 Oct 2026 • 10:21 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Arrifin ketuai MSN, Jefri dilantik Pesuruhjaya Sukan berkuat kuasa hari ini
Arrifin (kiri) kini menerajui MSN sebagai Ketua Pengarah, manakala Jefri (kanan) mengambil alih tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Sukan. Foto MSN

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan rombakan penempatan dua pegawai kanan yang menyaksikan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin bertukar portfolio dengan Pesuruhjaya Sukan, Arrifin Mohd Ghani, berkuat kuasa Khamis.

KBS berkata, menerusi penstrukturan semula itu, Arrifin kini menerajui MSN sebagai Ketua Pengarah, manakala Jefri mengambil alih tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Sukan.

Menurut KBS, penstrukturan semula itu merupakan langkah KBS untuk memperkasakan dan memperkukuh tadbir urus agensi di bawah kementerian.

"KBS yakin penstrukturan penempatan ini dapat menyumbang kepada peningkatan kecekapan pengurusan, pengukuhan sistem penyampaian perkhidmatan serta pelaksanaan dasar dan inisiatif pembangunan sukan negara secara efisien," menurut kenyataan itu.

Kementerian turut merakamkan penghargaan atas khidmat serta sumbangan Arrifin dan Jefri, selain berharap mereka dapat meneruskan komitmen serta memberikan perkhidmatan terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab baharu demi kemajuan ekosistem sukan negara. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved